Nama Kelas : TP Taman Indah
Umur : 8 Kanak-kanak (4+), 12 Kanak-kanak (5+)
Tarikh : 02/09/2013
Masa : 11.10 – 11.50 (40 Minit)
Bilangan Murid : 20 orang
Modul : Bertema
Tema : Kawan Saya
Tunjang Ut : Tunjang Ketrampilan (Perkembangan Sosio Emosi)
Kesepaduan Tunjang : Tunjang Komunikasi, Kreativiti & Estetika
Fokus : PSE 2.0 Mencapai Emosi yang Positif
Standard Kandungan : PSE 2.3 Membina keyakinan untuk berkomunikasi
PSE 2.4 Membina kebolehan mengawal diri
Standard Pembelajaran : PSE 2.3.6 Berinteraksi dengan penuh keyakinan
PSE 2.3.7 Bercerita dan memberi pendapat
PSE 2.3.8 Menunjukkan kebolehan sendiri melalui
pelbagai kaedah komunikasi seperti melukis,
menyanyi dan berlakon.
PSE 2.4.1 Mengawal emosi dalam situasi yang tidak
menyenangkannya dengan bimbingan guru
(frustration & disappointment)
Objektif Pembelajaran : 1. Di akhir pembelajaran murid boleh memperkenalkan
diri dengan bahasa yang mudah, jelas dan betul.
2. Murid boleh memperkenalkan dan bercerita tentang rakannya 3. Murid boleh melakar tubuh badan rakan
4. Murid boleh bermain permainan dengan baik sambil
4. Murid boleh bermain permainan dengan baik sambil
dikawal oleh guru
Pengetahuan sedia Ada : Murid mempunyai pengalaman berkawan di sekolah dan jiran
KBKK : Menerangkan sebab, menjana dan menghasilkan idea
Penerapan Nilai : Bekerjasama, bertolak ansur, kesopanan
BBM : Straw, bola, kertas mahjung, krayon
Fokus MI : Verbal-linguistik, Visual, spatial, interpersonal, intrapersonal
Kosa Kata : Saya, dia, kawan
SLOT PENGAJARAN
LANGKAH / MASA
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI P&P
|
CATATAN / KBKK / BBM / NILAI
|
Set Induksi
5 Minit
|
Murid memperkenalkan diri
dengan menyebut nama dan umur
|
1.Guru memberi arahan tentang
aktiviti permainan.
2.Murid bermain permainan
menyambung straw sambil memperkenalkan diri sendiri
|
Straw minuman
Menjana idea
Interpersonal /
verbal-linguistik
|
Langkah 1
10 Minit
|
Murid memperkenalkan dengan
menyebut nama rakan
|
1.Murid duduk dalam bulatan dan
bermain permainan bola beracun.
2.Murid yang mendapat bola akan
memperkenalkan rakan yang berada disebelahnya.
|
Bola
Menjana idea
Interpersonal / visual /
verbal-linguistik / spatial / kinestetik
|
Langkah 2
10 Minit
|
Murid menekap dan melukis
gambar rakan mengikut kreativiti
|
1.Murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan (1 kumpulan 4 orang)
2. Guru memberikan arahan
tentang aktiviti.
3. Murid melakukan aktiviti
menekap dan melukis gambar rakan.
|
Kertas mahjung
Krayon
Menjana idea / Kreativiti
Visual/interpersonal
intrapersonal
|
Langkah 3
10 Minit
|
Murid mengawal emosi dalam
situasi yang tidak menyenangkan ketika melakukan aktiviti
|
1.Guru menerangkan tentang
aktiviti permainan Belalang dengan Belatuk.
2.Murid dibahagikan kepada dua
kumpulan.
3.Guru menerangkan tentang
syarat-syarat permainan yang harus dipatuhi.
4.Murid bermain sambil mengawal
emosi dengan bimbingan guru
5.Guru memberikan ganjaran
kepada semua murid.
|
Kon
Mendengar arahan
Interpersonal / visual /
verbal-linguistik / spatial / kinestetik
|
Penutup
5 Minit
|
Murid menyanyi lagu KAWAN SAYA
Lirik Lagu
Saya datang seronok sekali
Jumpa kawan yang baik hati
Pusing kanan Pusing Kiri
Jumpa kawan yang baik hati
|
1.Murid menceritakan tentang
perasaan ketika bermain dengan rakan-rakan.
2.Murid menyanyi lagu KAWAN
SAYA sambil melakukan pergerakan yang sesuai.
3. Murid membuat lembaran
kerja.
|
Verbal-linguistik/muzik/
interpersonal / intrapersonal / kinestetik
|
0 comments:
Post a Comment