Pengenalan Rancangan Pengajaran Harian
Posted by
Unknown
on Wednesday, March 12, 2014
Labels:
Pengenalan
Rancangan pengajaran ialah rangka kerja yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan.
Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas. Rancangan Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan.Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi.
Selain itu ianya adalah sebagai perkongsian kepada rakan-rakan sebagai rujukan dan diharap blog ini dapat membantu rakan-rakan dalam merancang dan melaksanakan rancangan pengajaran di kelas.
1 comments:
Iron-Striking - Titanium-Arts
Iron-Striking. Iron-Striking. 1xbet app Steel-Striking. Tossed. mens titanium rings Silver-Striking. titanium pipe Steel-Striking. titanium dioxide formula Iron-Striking. mens titanium earrings Copper.
Post a Comment